Khasiat Dan Kebaikan Buah Tomato Untuk Kecantikan Kulit
Buah tomato adalah diantara buah yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri dan juga sangat digemari oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang kebaikan dan kegunaan buah yang sedap dimakan mentah ini. Kajian pakar telah membuktikan bahawa buah tomato adalah sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman atau pun luaran seperti kulit dan sebagainya, malah buah ini sangat sedap ditambah ke dalam masakan tertentu yang menambahkan lagi kesedapan sesuatu makanan. Dikatakan tomato yang berwarna merah dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan kandungan setiap vitamin semakin banyak sekiranya buah tomato berkenaan semakin tua atau matang. Tomato juga mempunyai likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh. Likopena juga diketahui berperanan aktif membantu untuk mencegah kerosakan sel penyebab kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel di luar biji